Entah mengapa tiba-tiba rasa bersalah menerjah kerongga hati. Dimanakah silap menitip kata buat insan yg tersayang. Terasa kejamnya diri, jahatnya fikir, cuma seungkap pinta yg jujur meminta tanpa ada sekelumit rasa menghina.
Entahlah kekadang runtunan sayang menjadikan diri begitu berani menutur kata tanpa berselindung. Tetapi kerana perasaan sayang,cinta dan kasihku kepadanya cuma.
Entahlah,sedih sayu kecewa membungkam diri dengan seribu rasa sesal yg tidak bisa ku undur kembali. Tiada lagi kemaafan yg harus kuterima.
Terasa kehilangan sesuatu yg diluar rasa rela tetapi semuanya kerana kesilapan diri yg diluar jangka.
Semuanya kerana sayangku kepadanya yg teramat.
Buatmu yg bernama `Sayang`....maafkan daku
Sesingkat waktu mengenalimu adalah saat yg paling bahgia buatku. Terima kasih kerana sudi hadir dlm hidupku meskipun sekejap. Biarlah kesedihan menanggung rasa bersalah ini terus menghantui hidupku................Mungkin tiap sesuatu memberi seseorang itu kekuatan utk bermuhasabah diri kerna masih ada banyak kekurangan sebenarnya yg tidak kita ketahui.
Salam Terakhir buatku........seorang insan yg tidak punya apa-apa.....
skip to main |
skip to sidebar
banner
Senin, 21 Februari 2011
Perasaan bersalah terhadap diri sendiri
Diposting oleh
double.es501
di
20.07
Kirimkan Ini lewat Email
BlogThis!
Bagikan ke X
Berbagi ke Facebook

0 komentar:
Posting Komentar